You are here: Home Activities Sports and Games

Sports and Games

Softball

Kelab Sofbol

Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada 1887 di Chicago , Amerika Syarikat.

            Dalam sofbol , bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola(pitcher) dan menjadi sasaran pemain  lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga  di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang) . Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.

            Pasukan sofbol sekolah kami telah bergiat aktif dalam sukan sofbol sejak tahun 1880 an. Kelab sofbol SMK St Teresa diketuai oleh Pn Norlia Melawi dan dibantu oleh beberapa orang guru penasihat yang lain iaitu Puan Magdellene , Puan Susia  dan Encik Tan Pek Huang. Pasukan sofbol kami telah dilatih oleh Encik Alethea yang juga merangkap jurulatih rasmi pasukan kami.

            Antara aktiviti yang sering dijalankan  oleh kami ialah jualan makanan yang diadakan pada hari Sabtu.Tujuan jualan tersebut dijalankan adalah untuk menambahkan lagi dana bagi kelab kami. Selain itu , seperti kebiasaannya , kelab kami akan mengadakan latihan pada setiap Rabu dan Sabtu. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk mengasah lagi bakat para pemain sofbol dan memupuk disiplin dalam diri pemain di samping memupuk semangat kerjasama dalam diri mereka.

Latihan intensif turut diadakan  pada bulan Mac sehingga April sebagai persediaan awal bagi  mengikuti pertandingan di peringkat sekolah dan seterusnya di peringkat bahagian. Di samping itu , pertandingan sukantara antara rumah sukan turut dianjurkan oleh kelab kami. Tujuan sukantara tersebut  diadakan adalah untuk mencari bakat - bakat baru serta memberi peluang kepada ahli bukan kelab sofbol untuk mengambil peluang tersebut sebagai suatu pengalaman yang baharu.

            Kelab kami juga telah mengadakan  aktiviti kerja amal di sekolah iaitu membersihkan stor.Aktiviti kerja amal diadaknk bertujuan untuk menyedarkan para ahli kelab sofbol bahawa kepentingan menjaga harta benda sekolah sekaligus mendisiplinkan ahli.

Sekian.Terima kasih.

Disediakan oleh ,

Nur  Sofea Zaryanie  bt. Saupi

Setiausaha

Last Updated on Tuesday, 06 September 2016 13:07
 

Basketball

Organization Chart

Teachers in-charge                  :           Mdm. Chong Chin Yee

          Mr. Lim Horng Chyuan

President                                             :           Deborah Lim Hong Ru

Secretary                                             :           Chantal Lim Xin

Committee members               :Form 5            :  Allyssa Amanda Anak Jihill           

Form 4            :  Audrey Ng Wan Yin

Form 3            :  Kezia Razell

Form 2            :  Jawai Anak Maurice

Form 1            :  Shanice Evangeline

The main objectives of this club are to enhance health and teamwork among the members. The club consists of about 60 members. Practices are held every Saturday from 7:30 a.m. till 9:00 a.m. at Civic Centre. Activities such as telematches, 3-on-3 matches among sport houses and friendly matches with other schools are held throughout the year.

Last Updated on Tuesday, 06 September 2016 13:05
 

Kelab Badminton

Latar Belakang Badminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah  gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata apabila pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum bulu tangkis melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disiplin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Sukan badminton juga merupakan sebuah sukan teknikal yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal dan kecanggihan kemahiran penggunan raket.

Sukan ini telah diperkenalkan pada zaman silam. Sukan ini mula dimainkan pada zaman Yunani dan Mesir. Di Jepun, badminton dikenali sebagai Hanetsuki dan telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil ‘battledore and shuttlecock’, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan badminton juga dikenali sebagai ‘Poona’ di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana badminton dimainkan  di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, ‘Badminton Battlecore-a new game’ pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada ‘The Game of Badminton’ dan nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu “Dunbar” di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 Sepetember tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF, kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhan paada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan WBF kini merupakan sebuah badan badminton antara bangsa dan menguruskan sukan ini secara global.


Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabagsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangnan ini.

Last Updated on Tuesday, 06 September 2016 13:06
   

Kelab Skuasy

 

       Kelab Skuasy adalah salah sebuah kelab sukan permainan di dalam kegiatan aktiviti kokurikulum SMK. ST. Teresa. Kelab ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cerdas dan mahir dalam bidang sukan terutamanya dalam permainan skuasy. Guru penasihat kelab skuasy SMK. ST. Teresa ialah Ustaz Noreffendi bin Da'an, Puan Susiana Joseph dan Puan Donar Mengar. Keahlian kelab skuasy 2016 adalah seramai 35 orang. Latihan skuasy dikendalikan oleh jurulatih dari luar sekolah. Pelajar dikenakan bayaran yang berpatutan dan mampu. Selain itu, gelanggang latihan skuasy ialah di gelanggang skuasy SMK. ST. Joseph. Bagi pelajar hang berminat, mereka menganggap permainan skuasy sebagai sukan yang sihat dan menyeronokkan.

Last Updated on Tuesday, 06 September 2016 13:16