You are here: Home Activities Sports and Games

Sports and Games

Kelab Bola Jaring

Permainan bola jaring berasal daripada permainan bola keranjang yang ditubuhkan oleh James Naismith dimana permainan bola keranjang pertama dimainkan di Springfield, Massachussets, Amerika Syarikat pada tahun 1891. Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular dalam kalangan kaum wanita dan mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990.

Kelab Bola Jaring di SMK. ST. Teresa ditubuhkan pada akhir tahun 1978 oleh Cik Junaenah Soliehan dan Encik Rafiei yang merupakan guru pembimbing pada tahun tersebut. Pada mulanya, lebih 150 orang pelajar menyertai kelab ini akan tetapi, bilangan pelajar yang aktif semakin menurun dari semasa ke semasa.

Puan Junita Sapu, yang merupakan guru penasihat serta guru pembimbing kelab bola jaring sejak tahun 2000, telah membimbing pelajar yang mewakili sekolah sehingga ke peringkat daerah. Pada tahun 2004, ahli pasukan bola jaring SMK. ST. Teresa pernah memenangi tempat pertama dan beberapa ahli pasukan bola jaring dari SMK. ST. Teresa telah dipilih untuk mewakili Sarawak.

Pada tahun 2006 pula, pasukan bola jaring SMK. ST. Teresa pernah mendapat tempat pertama dalam peringkat daerah. Pada tahun 2011 dan 2013, pasukan SMK. ST. Teresa telah menyertai ‘Sarawak Premiere Game' dan mendapat tempat kedua.

Last Updated on Tuesday, 06 September 2016 13:20
 

Kelab Petanque

        

Senarai AJK

Pengerusi: Erika Steffi Ak Rogie (5s1)

Naib pengrusi:Aina Ariena Bt Jemuri ( 4s1)

Setiausaha 1:  Zacquline Zee Gombek (5s1)

Setiausaha 2: Jeraldine John (4s1)

Bendahari 1: Dayang Intan Syazwani Bt Abang Yusof (5s3)

Bendahari 2: Nurul Afiqah Bt Sapiee (4s1)

Ajk tingkatan 5: Nur Hazirah Abdullah (5s2)

Ajk tingkatan 4: Cassandra Jienah Ak Chelodi (4s1)

Ajk tingkatan 3: Nur  Zafirah Bt Zhafir Affran (3A2)

Ajk tingkatan 2: Lydia Ellyanna Athira(2A5)

Ajk tingkatan 1: Nur Syuhadah Putri Bt Zahid (1A2)

            Kelab Petanque SMK ST. Teresa mempunyai 3 orang guru penasihat iaitu Puan Normiezah Saba Abdullah, Ust. Salmah Binti Mohamad dan Cik Hamizah Binti Mohammad. Tempat mesyuarat khas Kelab Petanque ialah kelas 3A3. Kelab Petanque bukan sahaja mengajar anak murid bermain permainan Petanque malah secara tidak langsung mengajar mereka untuk menjadi lebih focus dan berdisiplin.

            Latihan Petanque dijalanan di gelanggang petanque yang terletak di hadapan dewan Teresian. Perjumpaan dijalankan pada setiap hari Sabtu. Semua peralatan disediakan oleh pihak sekolah. Dengan kemudahan yang disediakan, kelab petanque berharap untuk mendapat lebih banyak sambutan daripada anak murid SMK ST. Teresa.

 

Kelab Balapan dan Padang

KELAB BALAPAN DAN PADANG SMK ST TERESA TAHUN 2016

            Kelab balapan dan padang SMK St Teresa mempunyai 5 orang guru penasihat dan 86 orang ahli kelab yang berdaftar. Kelab Balapan dan Padang di pimpin oleh Encik Alethea Beryl, Encik Mohd Yusof, Puan Fatimah Mahrid, Encik Harith Abd. Malek dan Puan Nur Izzati. Kelab balapan dan padang mengadakan perjumpaan yang pertama pada 23 Januari 2016 untuk memilih Ahli Jawatankuasa Induk Kelab Balapan dan Padang untuk sesi 2016. Aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan oleh ahli kelab adalah seperti latihan intensif dan menonton video mengenai teknik yang betul dalam acara balapan dan padang.

            Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sekolah-Sekolah Bahagian Kuching telah berlangsung pada 7 Mac 2016 sehingga 11 Mac 2016 di Sekolah Sukan Negeri Tabuan Jaya. Atlet SMK ST. Teresa iaitu Myra Aisyah Binti Mikail  telah mendapat 3 Pingat Emas dalam Acara 800M Perempuan A, 1500M Perempuan A dan 3000M untuk Kategori Perempuan Terbuka. Beliau telah memecahkan 2 rekod baru kejohanan iaitu dalam acara 1500M dan 3000M dan ini melayakkan beliau terpilih untuk mewakili Majlis Sekolah-sekolah Bahagian Kuching dalam acara kegemaran beliau.

           

Berikut adalah antara aktiviti tahunan untuk kelab balapan dan padang sepanjang tahun 2016;

Bil Aktiviti Tahunan Kelab Balapan dan Padang Tarikh
1. Perjumpaan pertama untuk ahli kelab balapan dan padang 23 Januari 2016
2. Latihan asas untuk ahli kelab balapan dan padang Sepanjang bulan Januari
3. Pemilihan atlet balapan dan padang untuk mewakili sekolah. Bulan Feburari 2016
4. Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Bahagian Kuching 2016 3-7 Mac 2016
5. Perjumpaan kedua untuk ahli kelab balapan dan padang 2 April 2016
6. Mengemas stor sukan(kerja amal) untuk ahli kelab balapan dan padang 7 April 2016
7. Latihan asas untuk ahli kelab balapan dan padang(persiapan pasukan olahraga tahun 2017) July-September 2016

           

Kelab Balapan dan Padang melakukan latihan pada setiap hari Selasa dan Khamis petang jam 2.30-4.30 petang(pelajar sesi pagi) dan Khamis dan Sabtu pagi pada pukul 8.00-10.00 pagi(pelajar sesi petang). Kelab olahraga mula ditubuhkan pada awal tahun ’90-an dan telah melahirkan ramai atlet yang berbakat besar dalam sukan olahraga. Di harap Kelab Balapan dan Padang SMK St. Teresa akan terus berdaya saing, maju dan mampu melahirkan atlet olahraga setanding dengan Sekolah Sukan  Negeri Tabuan Jaya.

Disediakan oleh,

 (Encik Alethea Beryl Purong)

Guru Penasihat,

Kelab Balapan dan Padang SMK St. Teresa.

   

Fitness Club

    The Fitness Club runs on more than one hundred students. Meetings are held in 5A1 whereas practices are held every Friday in the Teresian Hall from 12:30 to 1:30 p.m. This club emphasizes on the student’s fitness and health. The main objective of this club is to promote zumba-dancing. They have been under the guidance of Puan Salbiah Binti Smail and Cik Chong Siaw Ning, and also Encik Busman, who is their zumba-dance instructor since the year 2011.

 

Chess Club

 

The Chess Club consists of around 50 members. The main objective of the chess club is to enhance mental fitness, alertness, concentration and creativity. Nonetheless, Chess Club can also raise our chess players' IQ and produce quality players. Trainings are held every Friday afternoon and Saturday morning. Each year, our school will send two teams namely under 18 and under 15 (which consist of 6 person each team) to represent SMK. ST. Teresa for the Interschool Chess Competition.

Last Updated on Tuesday, 06 September 2016 13:01
   
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »