You are here: Home Activities Sports and Games Kelab Bola Jaring

Kelab Bola Jaring

E-mail Print PDF

Permainan bola jaring berasal daripada permainan bola keranjang yang ditubuhkan oleh James Naismith dimana permainan bola keranjang pertama dimainkan di Springfield, Massachussets, Amerika Syarikat pada tahun 1891. Permainan bola jaring merupakan salah satu permainan yang dianggap popular dalam kalangan kaum wanita dan mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990.

Kelab Bola Jaring di SMK. ST. Teresa ditubuhkan pada akhir tahun 1978 oleh Cik Junaenah Soliehan dan Encik Rafiei yang merupakan guru pembimbing pada tahun tersebut. Pada mulanya, lebih 150 orang pelajar menyertai kelab ini akan tetapi, bilangan pelajar yang aktif semakin menurun dari semasa ke semasa.

Puan Junita Sapu, yang merupakan guru penasihat serta guru pembimbing kelab bola jaring sejak tahun 2000, telah membimbing pelajar yang mewakili sekolah sehingga ke peringkat daerah. Pada tahun 2004, ahli pasukan bola jaring SMK. ST. Teresa pernah memenangi tempat pertama dan beberapa ahli pasukan bola jaring dari SMK. ST. Teresa telah dipilih untuk mewakili Sarawak.

Pada tahun 2006 pula, pasukan bola jaring SMK. ST. Teresa pernah mendapat tempat pertama dalam peringkat daerah. Pada tahun 2011 dan 2013, pasukan SMK. ST. Teresa telah menyertai ‘Sarawak Premiere Game' dan mendapat tempat kedua.

Last Updated ( Tuesday, 06 September 2016 13:20 )