You are here: Home Activities Sports and Games Kelab Balapan dan Padang

Kelab Balapan dan Padang

E-mail Print PDF

KELAB BALAPAN DAN PADANG SMK ST TERESA TAHUN 2016

            Kelab balapan dan padang SMK St Teresa mempunyai 5 orang guru penasihat dan 86 orang ahli kelab yang berdaftar. Kelab Balapan dan Padang di pimpin oleh Encik Alethea Beryl, Encik Mohd Yusof, Puan Fatimah Mahrid, Encik Harith Abd. Malek dan Puan Nur Izzati. Kelab balapan dan padang mengadakan perjumpaan yang pertama pada 23 Januari 2016 untuk memilih Ahli Jawatankuasa Induk Kelab Balapan dan Padang untuk sesi 2016. Aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan oleh ahli kelab adalah seperti latihan intensif dan menonton video mengenai teknik yang betul dalam acara balapan dan padang.

            Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sekolah-Sekolah Bahagian Kuching telah berlangsung pada 7 Mac 2016 sehingga 11 Mac 2016 di Sekolah Sukan Negeri Tabuan Jaya. Atlet SMK ST. Teresa iaitu Myra Aisyah Binti Mikail  telah mendapat 3 Pingat Emas dalam Acara 800M Perempuan A, 1500M Perempuan A dan 3000M untuk Kategori Perempuan Terbuka. Beliau telah memecahkan 2 rekod baru kejohanan iaitu dalam acara 1500M dan 3000M dan ini melayakkan beliau terpilih untuk mewakili Majlis Sekolah-sekolah Bahagian Kuching dalam acara kegemaran beliau.

           

Berikut adalah antara aktiviti tahunan untuk kelab balapan dan padang sepanjang tahun 2016;

Bil Aktiviti Tahunan Kelab Balapan dan Padang Tarikh
1. Perjumpaan pertama untuk ahli kelab balapan dan padang 23 Januari 2016
2. Latihan asas untuk ahli kelab balapan dan padang Sepanjang bulan Januari
3. Pemilihan atlet balapan dan padang untuk mewakili sekolah. Bulan Feburari 2016
4. Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Bahagian Kuching 2016 3-7 Mac 2016
5. Perjumpaan kedua untuk ahli kelab balapan dan padang 2 April 2016
6. Mengemas stor sukan(kerja amal) untuk ahli kelab balapan dan padang 7 April 2016
7. Latihan asas untuk ahli kelab balapan dan padang(persiapan pasukan olahraga tahun 2017) July-September 2016

           

Kelab Balapan dan Padang melakukan latihan pada setiap hari Selasa dan Khamis petang jam 2.30-4.30 petang(pelajar sesi pagi) dan Khamis dan Sabtu pagi pada pukul 8.00-10.00 pagi(pelajar sesi petang). Kelab olahraga mula ditubuhkan pada awal tahun ’90-an dan telah melahirkan ramai atlet yang berbakat besar dalam sukan olahraga. Di harap Kelab Balapan dan Padang SMK St. Teresa akan terus berdaya saing, maju dan mampu melahirkan atlet olahraga setanding dengan Sekolah Sukan  Negeri Tabuan Jaya.

Disediakan oleh,

 (Encik Alethea Beryl Purong)

Guru Penasihat,

Kelab Balapan dan Padang SMK St. Teresa.