You are here: Home

Minit Mesyuarat PIBG 2015

E-mail Print PDF

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK ST. TERESA, KUCHING TAHUN 2015

Ruj. Kami : JPS (W)/SMKST(Perh)/153/09/04/02/Jld.3(10) Tarikh : 25 April 2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Teresian, SMK St. Teresa

 

Bil

Perkara

Tindakan

1.0

Kata-Kata Aluan

  1. 1.1.  En Justin Ho selaku YDP PIBG mengalu-alukan kehadiran barisan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.

  2. 1.2.  YDP memaklumkan mengenai kepentingan mengadakan mesyuarat PIBG supaya perkara yang dirancangkan dapat dikendalikan dengan sebulat suara.

  3. 1.3.  YDPmenyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak sekolah dan ibu bapa atas sokongan dan sumbangan yang telah menjadikan SMK St Teresa Kuching sebagai sekolah yang cemerlang dan gemilang.

Makluman

2.0

Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2014 dan Perkara-perkara Berbangkit

1.1 Pn. Chong Chin Yee selaku setiausaha melaporkan minit untuk disahkan. 1.2 Tiada perkara berbangkit.
1.3 Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2014 disahkan oleh wakil ibu En.

Daniel dan disokong oleh Pn. Cecilia Foo.

Makluman

3.0

Laporan Bendahari

  1. 3.1  Puan Tan Pek Huang selaku Bendahari Kehormat membacakan laporan dari pihak audit dan seterusnya melaporkan akaun perbelanjaan dengan terperinci.

  2. 3.2  Susut nilai yang ditunjuk dalam laporan bendahari merujuk kepada sistem siar raya yang sudah lama tidak wujud. Harta yang sudah rosak dan tidak ekonomik untuk dibaiki dalam PIBG harus dilupuskan. En Ambrose Anak Nusung mencadangkan supaya sistem siaraya tersebut dilupuskan supaya susut nilai tiada dalam laporan bendahari pada masa akan datang. En Faizal memohon cadangan tersebut untuk diterima. Semua hadirin bersetuju sebulat suara supaya sistem siar raya yang lama dilupuskan.

  3. 3.3  Pn. Euphrasia Lee selaku PKHEM menjelaskan sumbangan RM 10, 000 adalah untuk tujuan seperti berikut.

  4. 3.4  Laporan bendahari dicadang oleh En. Said Mohammad Junaidi.

  5. 3.5  Laporan disokong secara sebulat suara.

Bil

Perkara

Jumlah

1

Prefect Leadership Camp Tingkatan 2 dan 5

RM 3385

2

Pakaian Seragam Pengawas

RM 1820.50

3

Jamuan Perpisahan Pengawas

RM 3900

Jumlah

RM 9105.50

Makluman

4.0

Kutipan dan Bayaran Bagi Tahun 2016

4.1 Puan Pengetua memaklumkan jenis dan jumlah kutipan daripada pelajar untuk tahun 2016. Kutipan adalah seperti berikut.

 
 
 Bil  Perkara

Jumlah

1

Majalah sekolah
• Kutipan untuk sekeluarga sahaja

RM 15

2

Program Galakan Membaca
• Dibayar sekali sahaja atau untuk

pelajar baru. Tujuan kutipan ini adalah untuk menambahkan koleksi buku di perpustakaan

RM 15

3

Penyelenggaraan Am

  • Kutipan untuk menyelenggarakan

    kemudahan infrastruktur sekolah

  • Sumbangan ini hanya dikenakan

    untuk sekeluarga sahaja.

RM 48

4

Kad laporan

RM 2

5

Sumbangan Persatuan Ibu Bapa (PIBG) • Kutipan untuk sekeluarga sahaja

RM 20

Jumlah

RM 100

Cadangan ini disokong sebulat suara oleh semua ahli PIBG.

Makluman

5.0

Projek PIBG Tahun 2015

  1. 5.1  Aktiviti Jogaton akan ditukar kepada aktiviti Aerobikthon yang akan diadakan di Amphitheater.

  2. 5.2  YDP PIBG berharap semua ibu bapa dapat hadir mengikuti aktiviti tersebut.

  3. 5.3  Hadiah akan diberikan kepada pelajar yang mendapat kutipan paling tinggi.

  4. 5.4  Aktiviti aerobicthon dirancang untuk dilaksanakan pada bulan September.

  5. 5.5  Kad kutipan akan dicetak dan diedarkan kepada semua murid selepas

    mendapat lesen diluluskan.

Makluman

6.0

Program We Share We Care

  1. 6.1  PIBG menyumbangkan RM 5000 kepada program kebajikan pelajar.

  2. 6.2  YDP memaklumkan salah satu daripada objektif aktiviti aerobikthon adalah

    untuk membantu murid-murid yang kurang berkemampuan membiayai

    perbelanjaan sarapan pagi dan minum petang.

  3. 6.3  En. Justin Ho memaklumkan bahawa pelajar yang dibantu ini tidak

    mempunyai masalah disiplin.

  4. 6.4  En. Justin Ho menyumbangkan RM 342 untuk membantu salah seorang

    pelajar di bawah Program We Share We Care.

  5. 6.5  YDP memaklumkan sekiranya terdapat ibu bapa yang ingin membantu

    boleh berjumpa dengan Pn. Dayang Annuriza selaku Penyelaras Kelab Kebajikan Guru dan Pelajar.

Makluman

7.0

Cadangan Ibu Bapa

BIL

PERKARA

TINDAKAN

7.1

Cadangan untuk tidak menaikkan harga makanan dan minuman di kantin sekolah kerana ia membebankan para murid.

* 8 cadangan

Pihak sekolah telah mendapatkan pihak pengurus kantin untuk menurunkan harga makanan dan minuman kepada harga asal semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kantin pada 9 April 2015 dan pihak kantin telah menurunkan harga makanan dan minuman kecuali minuman dalam tin yang naik RM 0.10.

7.2

Pertukaran masa/hari aktiviti kokurikulum kepada hari biasa persekolahan.

* 2 cadangan

Pihak sekolah tidak dapat berbuat sedemikian kerana kekangan kawasan sekolah yang terhad. Beberapa kelab seperti softball dan badminton yang mempunyai ahli yang ramai mengadakan aktiviti kokurikulum pada hari biasa.

7.3

Kerapkan aktiviti berunsur agama

Tuan Haji Wan Saifuddin Wan Asnawi

Anak- Sharifah Batisyia Uthailah (1A3)

Aktiviti berunsur agama sememangnya dijalankan oleh pihak sekolah. Tidak boleh terlalu banyak aktiviti berunsur agama dijalankan kerana masa yang lebih banyak diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran.

7.4

Menyediakan trafic controller tetap sewaktu penghantaran dan pengambilan anak dari sekolah.

Tuan Haji Wan Saifuddin Wan Asnawi
Anak- Sharifah Batisyia Uthailah (1A3)

Pegawai keselamatan sekolah tidak diberi tanggungjawab untuk mengawal keselamatan di luar kawasan sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa adalah penting untuk menangani masalah ini.

7.5

Telefon awam yang rosak diperbaiki untuk kemudahan murid

Pn Rozaidah Bt Ma’an Anak-Najwa Syazwani Bt Shamshul A’bidin (1A3)

Kontraktor telefon awam tidak lagi membaiki telefon awam yang sedia ada. Pihak sekolah membenarkan murid menggunakan telefon di pejabat am.

Makluman

 

BIL

PERKARA

TINDAKAN

7.6

Cadangan untuk mengingat semua ibu bapa penjaga tentang mesyuarat-mesyuarat sekolah dengan menggunakan pesanan ringkas (SMS) sebelum tarikh mesyuarat dan seminggu sebelum mesyuarat itu berlangsung.

En Parameswaran A/L M Arjunan
Anak – Charlotte Patrick Arjunan (2A1)

Makluman kepada ibu bapa berkenaan mesyuarat penting mesyuarat melalui website sekolah.

7.7

Cadangan untuk tingkatkan prestasi dalam pertandingan seperti Choral Speaking dengan mengadakan lebih banyak latihan dan bukan hanya berlatih dalam masa yang singkat

Pn. Ruby Bt Helmi
Anak – Shoraya Bt Safri (1A1)

Pihak sekolah akan meningkatkan prestasi dalam pertandingan yang akan datang. Ibu bapa digalakkan untuk membimbing murid sekiranya mempunyai kepakaran dalam bidang choral speaking.

7.8

Cadangan agar diperketatkan lagi kawalan keselamatan kepada murid supaya tidak keluar berkeliaran di luar kawasan sekolah demi keselamatan mereka

Cadangan agar murid tidak ditulis nama bagi kelewatan semasa hujan kerana tidak semua ibu bapa menggunakan kereta

Pn Rokayah Binti Sulong
Anak – Anisha Bt Ibrahim (3A5)

Pihak sekolah akan memperingatkan murid dari masa ke masa melalui perhimpunan sekolah. Namun begitu, pihak sekolah tidak dapat menghalang

sepenuhnya
daripada
sedemikian
sekolah yang terletak di tengah- tengah bandar raya Kuching.

hentikan murid melakukan perkara kerana kedudukan

Pihak sekolah tidak memberi markah dimerit bagi kelewatan semasa hari hujan.

 

8.0

Hal-hal Lain

8.1 Pertonas All About Youth

  1. 8.1.1  Pasukan Teresian Sparks of Youth membentangkan projek komuniti

    mereka. Pasukan ini terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan 4 yang akan mewakili sekolah untuk merancang dan membina sebuah taman rekreasi di Kampung Peninjau, Bau.

  2. 8.1.2  Pasukan ini memohon ibu bapa untuk menyumbang bahan yang diperlukan untuk pembinaan taman rekreasi ataupun dari segi tenaga manusia agar projek ini dapat dijalankan dengan jayanya. Bahan kitar semula yang diperlukan adalah seperti tayar, botol dan simen.

Makluman

 
  1. 8.1.3  Pn. Marjolyn Michael selaku guru yang bertanggungjawab menjelaskan bahawa projek ini merupakan projek komuniti dan semua lapisan masyarakat termasuklah badan korporat digalakkan untuk membantu. Selain itu beliau menjelaskan bahawa kerja penyelenggaraan dan keselamatan akan dilakukan dengan kerjasama pihak kampung dan kontraktor yang bertauliah.

  2. 8.1.4  Semua ahli PIBG bersetuju sebulat suara untuk memberi sumbangan kepada pasukan sekolah ini dalam projek ini.

  1. 8.2  Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
    Setiausaha Kehormat, Pn Chong Chin Yee menerangkan fungsi dan peranan setiap biro. Ibu bapa digalakkan untuk menyertai biro-biro tersebut selepas mesyuarat tersebut.

  2. 8.3  Cadangan agar pihak sekolah mengadakan aktiviti seperti jualan dan persembahan untuk mengutip dana.

 

Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Last Updated ( Saturday, 13 February 2016 17:00 )