You are here: Home Activities Sports and Games Softball

Softball

E-mail Print PDF

Kelab Sofbol

Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada 1887 di Chicago , Amerika Syarikat.

            Dalam sofbol , bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola(pitcher) dan menjadi sasaran pemain  lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga  di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang) . Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.

            Pasukan sofbol sekolah kami telah bergiat aktif dalam sukan sofbol sejak tahun 1880 an. Kelab sofbol SMK St Teresa diketuai oleh Pn Norlia Melawi dan dibantu oleh beberapa orang guru penasihat yang lain iaitu Puan Magdellene , Puan Susia  dan Encik Tan Pek Huang. Pasukan sofbol kami telah dilatih oleh Encik Alethea yang juga merangkap jurulatih rasmi pasukan kami.

            Antara aktiviti yang sering dijalankan  oleh kami ialah jualan makanan yang diadakan pada hari Sabtu.Tujuan jualan tersebut dijalankan adalah untuk menambahkan lagi dana bagi kelab kami. Selain itu , seperti kebiasaannya , kelab kami akan mengadakan latihan pada setiap Rabu dan Sabtu. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk mengasah lagi bakat para pemain sofbol dan memupuk disiplin dalam diri pemain di samping memupuk semangat kerjasama dalam diri mereka.

Latihan intensif turut diadakan  pada bulan Mac sehingga April sebagai persediaan awal bagi  mengikuti pertandingan di peringkat sekolah dan seterusnya di peringkat bahagian. Di samping itu , pertandingan sukantara antara rumah sukan turut dianjurkan oleh kelab kami. Tujuan sukantara tersebut  diadakan adalah untuk mencari bakat - bakat baru serta memberi peluang kepada ahli bukan kelab sofbol untuk mengambil peluang tersebut sebagai suatu pengalaman yang baharu.

            Kelab kami juga telah mengadakan  aktiviti kerja amal di sekolah iaitu membersihkan stor.Aktiviti kerja amal diadaknk bertujuan untuk menyedarkan para ahli kelab sofbol bahawa kepentingan menjaga harta benda sekolah sekaligus mendisiplinkan ahli.

Sekian.Terima kasih.

Disediakan oleh ,

Nur  Sofea Zaryanie  bt. Saupi

Setiausaha

Last Updated ( Tuesday, 06 September 2016 13:07 )